Tuesday, 13 February 2018

Bukan Sekadar Baca, Malah Harus Yakin 100%

Makna yang tersirat disebalik Penghulu Istighfar

1⃣ Ikrar Tauhid : Ya Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada yang berhak disembah selain Allah SWT.

2⃣ Pengakuan : Sebagai hamba Allah

3⃣ Berlimpahnya nikmat yang Allah berikan kepada kita.

4⃣ Banyaknya dosa yang kita lakukan.

5⃣ Tidak ada yang boleh mengampuni dosa kecuali Allah.

6⃣ Berlindung kepada Allah dari keburukan perbuatan kita.

7⃣ Berupaya untuk selalu melakukan ketatan kepada Allah SWT
Perjanjian Allah SWT itu adalah melakukan perintahNya dan menjauhi serta meninggalkan laranganNya. Dan inilah yang dimaksudkan dengan TAQWA yang sebenar-benar taqwa.
*Dipetik dari Buku Sukses Dunia Akhirat dengan Istighfar dan Taubat” oleh Ustaz Abu Utsman Kharisman Hafidzahullah.

Tuesday, 30 January 2018

Rasa Hormat, Santuni dengan Hikmah

".. Rasa hormat yang kita berikan kepada orang lain merupakan cerminan buat diri kita sendiri.."
.
.
.
.

Sumbangan boleh disalurkan ke pejabat kami atau ke akaun:

YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM

Bank Islam Malaysia Berhad 
1306 2010 0085 01
Maybank Islamic Bank
5630 1925 7449
CIMB Islamic Bank
8602 7229 70

Setiap sumbangan berhak mendapat pengecualian cukai
Potongan di bawah subseksyen 44(6)
Akta Cukai Pendapatan 1967:
Rujukan: LHDN.01/42/51/179-6.8091
Tarikh Kuatkuasa: 1 Oktober 2016 - 30 September 2021
.
.



Tuesday, 5 December 2017

KEMPEN INFAQ PAKAIAN SEKOLAH 2017


AGIHAN INFAQ PAKAIAN SEKOLAH 2017


ll 5 Disember 2017 ll Selasa ll

.
Hari ini pihak kami berjaya membawa anak-anak asnaf fakir dan miskin berbelanja unifom sekolah untuk membuat persediaan persekolahan sesi 2018. Ini adalah hasil daripada keprihatinan sumbangan daripada pihak anda.
.
Jutaan terima kasih kasih diucapkan kepada pihak yang menyalurkan sumbangan. Semoga Allah SWT sentiasa memayungi rahmat buat tuan/puan sekalian.
.
#sumbangan disalur, meringankan beban








TERIMA KASIH :)

Saturday, 25 November 2017

TAHNIAH UPSR 2017


Yayasan Pendidikan MAIDAM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar UPSR 2017 atas keputusan peperiksaan yang diperoleh.

Moga adik-adik terus cemerlang dalam apa jua bidang yang dipilih.

Wednesday, 15 November 2017

INFAQ ITU APA?

Apa itu infaq?
.
Infaq merupakan salah satu perkataan bahasa arab yang berasal daripada perkataan anfaqa-yufiqu dengan membawa maksud mengeluarkan sesuatu harta untuk kepentingan sesuatu yang lain. Menurut terminologi syariat, infaq bererti mengeluarkan sebahagian daripada harta atau pendapatan/penghasilan untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
.
Apa beza infaq dengan zakat?
.
Dari sudut perkiraan, zakat mempunyai hisab yang tersendiri manakala infaq tidak ditetapkan perkiraannya. Infaq dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman sama ada yang mempunyai pendapatan tinggi atau rendah dan dikeluarkan harta tersebut secara sukarela serta diberi kebebasan kepada pemilik harta tersebut untuk menetukan jenis harta yang hendak diinfaqkan olehnya.
.
Sumbangan boleh disalurkan ke pejabat kami atau ke akaun:
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM

Bank Islam Malaysia Berhad           1306 2010 0085 01
Maybank Islamic Bank                      5630 1925 7449
CIMB Islamic Bank                             8602 7229 70
.
Setiap sumbangan berhak mendapat pengecualian cukai
Potongan di bawah subseksyen 44(6)
Akta Cukai Pendapatan 1967:
Rujukan: LHDN.01/42/51/179-6.8091
Tarikh Kuatkuasa: 1 Oktober 2016 -  30 September 2021
.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 09-622 6500 atau whatsApp ke www.wasap.my/6011-5509 6500

.