Tuesday, 5 December 2017

KEMPEN INFAQ PAKAIAN SEKOLAH 2017


AGIHAN INFAQ PAKAIAN SEKOLAH 2017


ll 5 Disember 2017 ll Selasa ll

.
Hari ini pihak kami berjaya membawa anak-anak asnaf fakir dan miskin berbelanja unifom sekolah untuk membuat persediaan persekolahan sesi 2018. Ini adalah hasil daripada keprihatinan sumbangan daripada pihak anda.
.
Jutaan terima kasih kasih diucapkan kepada pihak yang menyalurkan sumbangan. Semoga Allah SWT sentiasa memayungi rahmat buat tuan/puan sekalian.
.
#sumbangan disalur, meringankan beban








TERIMA KASIH :)

Saturday, 25 November 2017

TAHNIAH UPSR 2017


Yayasan Pendidikan MAIDAM ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelajar UPSR 2017 atas keputusan peperiksaan yang diperoleh.

Moga adik-adik terus cemerlang dalam apa jua bidang yang dipilih.

Wednesday, 15 November 2017

INFAQ ITU APA?

Apa itu infaq?
.
Infaq merupakan salah satu perkataan bahasa arab yang berasal daripada perkataan anfaqa-yufiqu dengan membawa maksud mengeluarkan sesuatu harta untuk kepentingan sesuatu yang lain. Menurut terminologi syariat, infaq bererti mengeluarkan sebahagian daripada harta atau pendapatan/penghasilan untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
.
Apa beza infaq dengan zakat?
.
Dari sudut perkiraan, zakat mempunyai hisab yang tersendiri manakala infaq tidak ditetapkan perkiraannya. Infaq dikeluarkan oleh setiap orang yang beriman sama ada yang mempunyai pendapatan tinggi atau rendah dan dikeluarkan harta tersebut secara sukarela serta diberi kebebasan kepada pemilik harta tersebut untuk menetukan jenis harta yang hendak diinfaqkan olehnya.
.
Sumbangan boleh disalurkan ke pejabat kami atau ke akaun:
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM

Bank Islam Malaysia Berhad           1306 2010 0085 01
Maybank Islamic Bank                      5630 1925 7449
CIMB Islamic Bank                             8602 7229 70
.
Setiap sumbangan berhak mendapat pengecualian cukai
Potongan di bawah subseksyen 44(6)
Akta Cukai Pendapatan 1967:
Rujukan: LHDN.01/42/51/179-6.8091
Tarikh Kuatkuasa: 1 Oktober 2016 -  30 September 2021
.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 09-622 6500 atau whatsApp ke www.wasap.my/6011-5509 6500

.


Tuesday, 14 November 2017

INFAQ PAKAIAN SEKOLAH SESI 2018


PENGENALAN
Kempen Infaq Pakaian Sekolah merupakan satu kempen yang bertujuan untuk membantu anak-anak asnaf yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan persekolahan sesi 2018. Sumbangan akan disalurkan terus kepada anak-anak fakir dan miskin sekitar Kuala Terengganu di samping membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk turut bersama-sama membuat sumbangan dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

OBJEKTIF
- Menyahut seruan prinsip Transfomasi Terengganu Baharu dengan memperkukuhkan perpaduan antara rakyat melalui sumbangan kempen Infaq Pakaian Sekolah yang dijalankan.

- Menyediakan kemudahan dan peluang yang lebih luas kepada masyarakat dalam bersama-sama menghulurkan bantuan berupa pakaian sekolah kepada mereka yang tidak berkemampuan.
- Membantu meringankan beban keluarga yang susah serta memberi peluang dalam membuat persediaan persiapan anak-anak bersekolah sesi 2018.
- Meningkatkan pemahaman dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan saling bantu membantu sesama manusia khususnya kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

GOLONGAN SASARAN
- Sasaran 30 orang pelajar miskin
- Pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah yang berusia antara 7 hingga 17 tahun yang tinggal di sekitar Kuala Terengganu.
- Ibubapa yang tidak berkemampuan untuk menyediakan barangan keperluan sekolah.

ANGGARAN PERBELANJAAN SERTA KEPERLUAN SUMBANGAN
Keperluan sumbangan item untuk disalurkan adalah seperti berikut:
- Seragam sekolah pelajar lelaki
- Seragam sekolah pelajar perempuan
- Kasut sekolah

TARIKH TUTUP SUMBANGAN
31 November 2017

CARA MENYUMBANG
Sumbangan boleh disalurkan ke pejabat kami atau ke akaun:
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM
Bank Islam Malaysia Berhad 1306 2010 0085 01
Maybank Islamic Bank 5630 1925 7449
CIMB Islamic Bank 8602 7229 70

Setiap sumbangan berhak mendapat pengecualian cukai
Potongan di bawah subseksyen 44(6)
Akta Cukai Pendapatan 1967:
Rujukan: LHDN.01/42/51/179-6.8091
Tarikh Kuatkuasa: 1 Oktober 2016 - 30 September 2021

ALAMAT PEJABAT
Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10, Tingkat 1,Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI
09-6226500/ 011-55096500

EMAIL
yayasanpendidikanmaidam@gmail.com

LAMAN SOSIAL
yayasanpendidikanmaidam


Monday, 13 November 2017

INFAQ PAKAIAN SEKOLAH

INFAQ PAKAIAN SEKOLAH
---------------------------------------
.
2017 hampir ke penghujung.
.
2018 bakal menjelang tidak lama lagi. Bagaimana saudara sesama Islam kita yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan untuk sesi persekolahan 2018?
.
Oleh itu, kami membuka peluang untuk anda bagi turut serta bersama kami dalam menginfaq pakaian sekolah.
.
Sumbangan terbuka sebelum 31 November 2017
.
Sumbangan boleh disalurkan ke pejabat kami atau ke akaun:
YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM
.
Bank Islam Malaysia Berhad
1306 2010 0085 01
.
Maybank Islamic Bank
5630 1925 7449
.
CIMB Islamic Bank
8602 7229 70
.
Setiap sumbangan berhak mendapat pengecualian cukai
Potongan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 : Rujukan : LHDN.01/42/51/179-6.8091
Tarikh Kuatkuasa: 1 Oktober 2016 - 30 September 2021
.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 09-622 6500


Sumbangan anda, senyuman buat mereka :)

Saturday, 11 November 2017

INFAQ PAKAIAN SEKOLAH 2018

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI WARGA TERENGGANU..
.
Kami ingin membuka peluang kepada anda untuk turut serta dalam membuat sumbangan untuk keperluan sekolah. Hasil kutipan infaq akan disalurkan kepada keluarga asnaf yang miskin dan susah.
.
-SUMBANGAN SUKA HATI SEIKHLAS HATI-
.
RM50
RM20
RM10
RM5
.
RM1 pun kami terima.
.
Sumbangan seikhlas hati dari anda untuk meringankan beban anak-anak yang bakal membuat persediaan persekolahan sesi 2018.
.
Mohon ditularkan agar mendapat manfaat bersama :)
.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 09-622 6500
.
#sumbangan anda sebuah senyuman buat mereka
#infaqpakaiansekolah
#bantuandisalurmeringankanbeban