Program Pra Bimbingan Mingguan
Tarikh: 4 - 6 Februari 2016
Tempat: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Program Pra Bimbingan Mingguan yang telah diadakan selama tiga hari dua malam bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu telah mensasarkan anak-anak asnaf (fakir dan miskin) yang berumur 6 hingga 12 tahun yang berada di sekitar Kuala Terengganu. Seramai 22 orang peserta telah menyertai program yang pertama kali diadakan ini. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan kepada anak-anak golongan asnaf (fakir dan miskin) dalam memberi pendedahan kepada pelbagai aktiviti serta menambah minat di dalam pembelajaran.

Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
Pendaftaran dan Ice Breaking
Ceramah 'Anak Harapan Agama'
Aktiviti Air di Pusat Ko Merang
Explorace
Solat dan Mengaji
Night Walk
Pendaftaran dan Ice Breaking
Ceramah 'Anak Harapan Agama'
Aktiviti Air di Pusat Ko Merang
Explorace
Solat dan Mengaji
Night Walk
Program Pra Bimbingan Mingguan telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memberi bantuan dan peningkatan ke arah mengubah cara hidup yang lebih sempurna kepada golongan sasar melalui aspek pendidikan. Program yang pertama kali diadakan ini adalah sebagai penanda aras kepada YPM untuk menghasilkan banyak lagi program atau aktiviti yang melibatkan aspek pendidikan. Diharapkan dengan pelaksanaan program sebegini, ramai pihak yang akan turut serta dalam membantu golongan sasaran yang kurang diberi ruang dan peluang dari segi pendidikan.
IMPAK
PROGRAM
Program Pra Bimbingan Mingguan ini dapat melahirkan
kegembiraan kepada anak-anak golongan asnaf yang tidak pernah mengikuti
pelbagai aktiviti yang dijalankan. Para peserta amat teruja dan ada di antara
mereka yang ingin menyertai program seperti ini di masa hadapan. Selain itu,
peserta didedahkan dengan pelbagai aspek dari segi akademik, sahsiah dan
aktiviti lasak. Ibu kepada salah seorang peserta, Nur Azwa Safrina Binti
Yusmani berkata, prestasi akademik anaknya semakin meningkat selepas menyertai
Program Pra Bimbingan Mingguan ini.
No comments:
Post a Comment