Program Sentuhan Cakna YPM adalah
program kedua yang dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) dengan
usahasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini bertujuan memberi pendedahan
kepada anak-anak asnaf (fakir dan miskin) untuk melibatkan diri di dalam
program yang merangkumi pelbagai aktiviti yang dapat memberi pengetahuan kepada
mereka. Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini melibatkan
seramai 34 orang peserta dan telah diadakan pada 17 hingga 19 Mac 2016
bertempat di Scout Inn Resort, Kuala Nerus, Terengganu. Peserta program
melibatkan anak-anak asnaf (fakir dan miskin) di sekitar daerah Kuala
Terengganu yang berumur di antara 6 dan 12 tahun.
OBJEKTIF
- Memberi pendedahan kepada pelbagai aktiviti serta menambah minat di dalam pembelajaran.
- Mengukur sejauh mana pengetahuan serta kebolehan anak-anak asnaf yang jarang diberi ruang dan peluang dalam pelbagai aktiviti.
- Pendedahan tentang solat secara berjemaah dan bacaan surah Al-Fatihah dengan sebutan yang betul.
- Bekerjasama dalam melakukan tugas yang diberi secara berkumpulan.
- Melatih diri untuk lebih yakin dan berani terhadap sesuatu perkara.
- Membina dan memupuk sifat kepimpinan dalam diri masing-masing.
AKTIVITI
Pendaftaran dan Ice Breaking
Bicara Santai 'Aku Anak Soleh'
Klinik Al-Fatihah
Smart Solat
Explorace
Water Confident
Night Walk
IMPAK
PROGRAM
Rata-rata peserta program memberi
maklum balas yang positif. Ramai di antara mereka ingin menyertai program
seperti ini di masa akan datang. Pelbagai aspek yang diterapkan dalam diri
peserta yang mampu menjana potensi diri mereka dan mampu membawa perubahan pada
diri dan mencipta kecemerlangan dalam pendidikan dan kehidupan.
No comments:
Post a Comment