HARI KEDUA (Jumaat, 20 Oktober 2017)
Aktiviti pagi untuk para pelajar semasa dalam Program Pecutan SPM 2017 dimulakan dengan Qiamualail. Para pelajar bangun pada jam 2 pagi untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat sunat hajat, tahajud dan witir. Ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada para pelajar untuk sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Sesungguhnya segala kesusahan dan kesenangan adalah perlu bergantung sepenuhnya kepada Sang Pencipta.
Setelah selesai Qiamulail, para pelajar dibenarkan untuk pulang ke bilik masing-masing dan perlu bangun untuk solat subuh berjemaah pada jam 6 pagi. Turut diselitkan sekali dengan tazkirah 10 minit bagi memberi sedikit sebanyak tambahan ilmu baru kepada para pelajar yang dibimbing oleh fasilitator yang bertugas.
Antara aktiviti-aktiviti kerohanian yang dijalankan di dalam Program Pecutan SPM 2017 seperti solat-solat sunat, klinik al-Fatihah dan bimbingan bacaan-bacaan dalam solat.
Riadah pagi di tepi pantaii :)
Bengkel Bahasa Melayu
Bengkel Fizik
Penyampaian cenderahati kepada Puan Intan Syafinaz Binti Kamaruddin untuk ceramah bagi bengkel Bahasa Inggeris.
Solat Asar berjemaah di persisiran pantai.
Sesi petang dalam slot Ekplorasi A.
Para pelajar diberi tugasan untuk membina istana pasir mengikut kumpulan. Santai petang di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta dengan peserta dan antara fasilitator dengan para pelajar.
Semangat berkumpulan yang sangat mengagumkan yang ditunjukkan oleh para pelajar!
Bengkel Sejarah
Selamat Maju Jaya!
#ypm #yayasanpendidikanmaidam #spmA #skorA #targetA
No comments:
Post a Comment